Social Buttons

header ads

Sesi Bercerita Ibu Penyayang


4 September 2018, SJKC Yuk Cheng sekali lagi menerima satu penghargaan daripada Puan Bong Shiau Wai, ibu kepada murid SJKC Yuk Cheng. Pengorbanan masa dan komitmen yang tinggi ditunjukkan oleh beliau dalam membantu sekolah untuk bersama meningkatkan kemahiran dan pengetahuan murid.

Puan Bong Shiau Wai telah bersetuju melaksanakan Program Bercerita Ibu Penyayang, yang mana telah dilaksanakan semasa waktu Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam Tahap Satu. Objektif program ini adalah :

  • Memotivasikan serta menimbulkan minat murid untuk belajar.
  • Melatih murid menguasai kemahiran mendengar.
  • Memupuk nilai murni yang terkandung dalam cerita.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan gembira.
  • Melatih murid menyusun idea secara teratur.
  • Menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam sesi bercerita
  • Memperkayakan pengalaman murid melalui perkaitan cerita dengan kehidupan mereka.



Catat Ulasan

0 Ulasan